Thursday, October 14, 2004
Salam terakhir....
rajuk hatiku membawa diri...
Bermula di saat ini, Inspirasiku... menutup tirai...
Kepada semua, sekiranya ada kelapangan waktu
jemputlah berkunjung ke 'Diary of My Journey'.. dan 'My Journey version 2'
Moga anda semua tetap terus memberi sokongan..amin
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jangan lupa tukar address anda!
http://azlyna.tblog.com
Posted at 10/14/2004 12:47:44 pm by lynn
Monday, October 11, 2004
Nampaknya, saya teruskan juga dengan blogdrive. Dulu, mula-mula dah mencuba dengan blogspot..tapi rasanya lebih selesa dengan blogdrive. Tapi bila bab datang masalah macam ni..emm..terima sajalah.
Dari dok buang masa, baik le..saya add entry baru. Nak tau entry-entry di akan datang.. selalulah berkunjung kemari. Insyaallah akan saya kongsikan bersama apa yang saya temui di bumi sakura ini.
Posted at 10/11/2004 11:40:24 pm by lynn
... 'Apa yang tak kena agaknya'.
Sakit hati di buatnya..selepas entry semalam, layout asyik berubah-ubah. Terutama bila bab pop up tu. Macam tau je 'dia' nak kena buang, habis semuanya terjejas.
Dah boring dah..tukar layout biasa je.
Ada sesape nak komen ? nak tolong kita ? he.. he..
Posted at 10/11/2004 2:50:45 am by lynn
Sunday, October 10, 2004
Suasana hening subuh sudah berlalu.. fajar terbit di ufuk Timur.

Panorama ini sempat di rakamkan tiga hari yang lalu sewaktu hening pagi; detik-detik indah Sang Mentari yang berusaha menonjolkan diri.. namun apakan daya.. mendung berarak dengan begitu gahnya.
Dan akhirnya, mentari berupaya menerangi bumi.. berdiri dengan bangganya..dan bumi yang basah sejak kelmarin, panas di terangi mentari hingga ke petang.
...............
Jepun sebuah negara matahari terbit... sekadar berkongsi keindahan ciptaan Allah.
Posted at 10/10/2004 2:25:23 am by lynn
Friday, October 08, 2004
Di luar sana, hujan dengan lebatnya sepanjang hari. Bukan itu sahaja..keadaan pun terlalu sejuk. Mmm..beginilah tinggal di negara orang. Apatah lagi di negara yang berempat musim. Agak sukar juga nak menyesuaikan diri. Kalau dulu, mula-mula tiba di sini..musim Spring, walaupun sejuk tetapi hujan berkurangan. Musim Summer pulak terlalu panas, lebih panas berbanding Malaysia..adakalanya mencecah 38 darjah celcius. Kini... musim Autumn, hari ini sejuk mencecah 17 darjah celcius. Bagaimanalah agaknya bila musim Winter nanti. Sudah pasti ku berselubung dengan baju sejuk sepanjang hari.
Begitulah rahmat Illahi. Syukurku kepada-Mu Ya Allah.. memberi ku peluang sebegini...
Perubahan waktu juga amat ketara. Kini, jam 5.40 petang. Sudah terlalu gelap seperti 7.00 malam di Malaysia. Terasa... malam begitu panjang.
Moga aku lebih tabah dan cekal tinggal di bumi Sakura ini.
Posted at 10/8/2004 6:44:46 pm by lynn
Tuesday, October 05, 2004
Dua tiga hari yang lepas, sibuk dengan urusan sambutan Hari Lahir ( persiapan hadiah dan juga birthday party ). Semasa meraikan sambutan Hari Lahir Muqri (anak Kak Maznah) pada hari Sabtu lepas, saya telah di perkenalkan dengan dua orang kawan baru. Pertama ialah Midori. Dia ni orang Jepun dan merupakan seorang tukang masak masakan Malaysia dan Thai. Saya merasa sungguh bertuah di perkenalkan dengan beliau. Pada mulanya saya terkejut sebab dia pandai berbahasa Melayu. Menurut kata Kak Maz lagi, dia ni sungguh peramah dan baik hati.

Lihatlah gambar kami. Bermula dari kiri, yang tinggi lampai tu ialah Midori, kedua ialah Kak Maznah, ketiga ialah saya dan keempat ialah Kak Mus.
Nampaknya lepas ni, tercapailah hajat saya untuk mempelajari masakan Jepun. Kepada kawan-kawan yang nak mencuba bolehlah menghubungi saya. Baru sahaja enam bulan tinggal di Jepun, saya dah mula meminati masakan Jepun berbanding mula-mula dulu.. sebab saya tidak pernah mencuba walaupun di Malaysia.
Seorang lagi ialah Kak Mus. Suami beliau turut bekerja di Malaysian Tourism tempat suami Kak Maznah bekerja. Pejabat mereka ini juga terletak di Osaka, tidak jauh dari pejabat Hubby saya.
Suasana hari itu sungguh meriah, sebab kami jarang-jarang dapat berkumpul beramai-ramai sesama warga KL. Klik sini.
Posted at 10/5/2004 5:15:55 pm by lynn
Sunday, October 03, 2004
HAPPY BIRTHDAY TO MY TWO SWEETHEARTS - My Mom and My Daughter
TODAY IS YOUR BIRTHDAY!

TO:
MY MOTHER
&
MY DAUGHTER
3rd OCTOBER 2004
...........................................
SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR
KALIAN BERDUA.
SEMOGA HARI INI MENJADI
KENANGAN YANG MANIS.
................................
TERISTIMEWA DARI KAMI :

SHAM
LIN
AMIR
SYIQIN
&
HAZIM
..............................
JUST FOR BOTH OF YOU :


Posted at 10/3/2004 11:31:15 am by lynn
Wednesday, September 29, 2004
SHOPPING.. DAN UNDANG2 JALAN RAYA.
SHOPPING.
Hari ini hujan di awal pagi hingga ke tengahari. Pertama kali hujan lebat di awal pagi.. agak liat juga nak gerakkan anak-anak bangun pagi. Sampai ke sekolah lewat 5 minit.
Jadual hari ini, nak tunaikan hajat minggu lepas yang tak kesampaian.. pergi shopping barang dapur! Seperti yang di jadualkan berjanji dengan Kak Maznah dan kami hanya pergi ke pasaraya yang ada di sekitar rumahnya (Nishinomiya) iaitu COOP. Di sini terdapat banyak pasaraya yang menjual barang-barang dapur (basah dan kering) termasuklah Jusco, Daiei, Sogo dan banyak lagi. Ketiga-tiganya juga merupakan pusat membeli-belah yang terbesar di Sannomiya ni. Tapi selalunya saya berbelanja di COOP dan Daiei sahaja.. sebab pilihan ikannya banyak.

Sejak mula duduk di Osaka dulu, saya hanya membeli ikan, sayur dan juga buah-buahan yang sudah tentu boleh di makan sebab tak perlu di ragukan HALAL atau tidak ? Tapi barangan lain seperti pelbagai mee (udon dan soba), mee kuning atau apa pun jua yang tak pernah saya jumpa .. tak berani untuk mencubanya sebab tiada siapa yang pernah menunjukkan kepada saya. Sekadar berpandukan kepada senarai makanan halal yang terdapat di internet itu sahajalah saya berbelanja.
Itupun tak semuanya dapat saya beli sebab perkataannya memang menggunakan bahasa jepun tetapi tulisannya bahasa inggeris sedangkan yang di kedai2 ni semuanya tulisan jepun (yang di panggil hiragana dan katakana). So, tak jadilah nak membeli. Makanlah ayam dan daging dan apa sahaja yang kami bawa dari KL tu.
Memang, mula-mula dulu.. tension sangat sebab segalanya tulisan jepun. Nak bertanya.. tak de siapa yang boleh bercakap english. Tapi lama-kelamaan.. saya dah biasa, hasil kajian dan pemerhatian saya.
Hari ini, Kak Maz tunjukkan mana makanan yang boleh di beli dan di makan. Ah! lega rasanya. Terima kasih Kak Maz. Lain kali nak pergi lagi. Tapi mungkin tak lama dah kami berkawan sebab dengan keluarganya, mereka semua akan balik ke Malaysia pada awal bulan Januari tahun depan. Agak singkat untuk kami mengenali lebih dekat lagi keluarga Kak Maz. Mereka ni dah 5 tahun duduk di sini (di Nishinomiya.. dekat dengan Ashiya.. tempat anak kami sekolah).
Tengoklah gambar2 tu. Ikan2 hanya dalam bentuk potongan-potongan kecil. Hanya sekali-sekala terjumpa ikan macam kat Malaysia yang seekor-seekor tu. Macam ikan kembung. Kepala ikan pun saya pernah jumpa. Selalunya masak kari kepala ikan dan sup kepala ikan. Our favorites food!
Satu lagi, ayam dan daging. Selalunya saya beli di Kitano Groceries yang terletak di hadapan Masjid Kobe. Kalau nak bandingkan harganya mm.. nampaknya tak makan le kami kat sini.
Kedai ni di miliki oleh orang Pakistan, beliau juga memiliki sebuah restoran (Naan Inn) dan merupakan seorang bussinesman kereta-kereta import. Namanya Mohamed Aslam. Kalau kami dah boring makan masakan di rumah, weekend sekali-sekala nak pekena roti naan dan nasi beriyani.
UNDANG-UNDANG JALAN RAYA.
Hari ini ada dua cerita nak letak kat entry ni.. satu lagi tentang undang-undang memandu di Jepun. Selepas dua minggu saya memandu di sini, alhamdulillah .. saya dah dapat menyesuaikan diri dengan undang-undang memandu juga sistem jalan rayanya. Termasuklah jarak masa dari rumah ke sekolah.Jaraknya 15 km dan jangka masa 30 minit, sebab terlalu banyak lampu isyarat.
Untuk makluman, memandu di Jepun adalah selamat.. insyaallah. Kerana had laju yang di tetapkan biasanya 40 kmj dan 50 kmj. Di lebuh raya 60 kmj. Sekiranya melebihi had.. anda akan di denda 80,000 yen = RM 2400. Tak sayang ke duit sebanyak itu. Jadinya perlu beringat. Secara tak langsung kita akan mendidik diri sendiri untuk lebih bersopan santun di jalan raya.
Selain daripada itu.. anak-anak di bawah umur 5 tahun perlu menggunakan 'baby car seat'. Tidak seperti di Malaysia. Anak-anak selalunya tidak memakai 'seat belt' dan adakalanya hanya di riba di pangkuan ibu atau ayah. Beringat ye !
Seperkara lagi.. yang menarik untuk di cerita ialah.. sistem lampu isyaratnya. Memang serupa hijau, kuning dan merah. Cuma apabila anda berada di simpat empat atau simpat tiga.. sekiranya anda hendak membelok ke kiri atau ke kanan, PERLU BERHATI-HATI.. sebab pejalan kaki dan penunggang basikal akan melintas di hadapan anda. Pada mulanya saya tak faham mengapa? Tapi bila di fikirkan semula.. ada logiknya sebab.. kita tidak perlu berada terlalu lama di lampu isyarat. Hanya selepas mereka melintas kita boleh meneruskan pemanduan.
Dalam tempoh seminggu yang pertama, saya pernah kena hon sekali sewaktu saya hendak membelok ke kiri. Saya berada di simpat empat yang besar. Kebanyakkan kereta akan berhenti di tengah2 simpang empat.. sekiranya hendak membelok ke kiri atau ke kanan. Saya 'comfuse'.. mana dulu ni.. lampu di hadapan dah merah.. tapi lampu untuk membelok ke kiri dah hijau.. 'perlu ke saya jalan? ' tak lama lepas tu bunyi hon. Ah! 1st time. Sabo je lah.
Mmm rasanya kalau sistem ini di gunakan di Malaysia terutama KL.. rasanya akan berkurangan sedikit kesesakan yang berlaku setiap pagi. Satu lagi kemalangan maut yang banyak berlaku. Sekiranya setiap pemandu di tetapkan had laju 50kmj.. apa hasilnya agaknya ? Respond anda ? He .. he.. tentu susahkan. Sebab dah terbiasa memandu dengan had laju 70kmj ke atas. Betul tak ? Kes kemalangan memang jarang berlaku di sini. Kereta yang potong 'Q' pun tak ada!. Rasanya bila memandu di KL.. memanjang je saya TENSION.
Posted at 9/29/2004 7:02:08 pm by lynn
Tuesday, September 28, 2004
Kisah yang patut kita ambil sebagai ingatan. Klik sini.
Posted at 9/28/2004 12:44:36 pm by lynn
Monday, September 27, 2004
Sekarang ni dah masuk musim luruh.. hujan pun kerap turun. Tapi kekadang tu ada juga panas. 1st time melalui semuanya ini. Tak biasa lagi. Katanya Autumn sejuk sama seperti masa musim Spring cuma hujan yg agak kerap turun. Waktu pun dah banyak berubah.. kul 6 dah malam dan dah masuk maghrib. Waktu malam lebih panjang berbanding siang.
Mmm.. nampaknya tahun ni.. pertama kali menyambut bulan puasa di negara orang. Dengan suasana musim dinginnya.
Terbayang suasana kesibukkan di bulan puasa..... di negara sendiri.
Posted at 9/27/2004 11:58:43 pm by lynn